Exam Season //
6.5.12 | 4:04 PM | 0comments
Assalamualaikum semua ~ Mesti korang pun tengah nak exam macam saya kan ? Samalah kiteee ~Bismillahhirahmanirrahimm ... Esok Isnin . Esok exam BM kertas 1 dan 2 . Okay saya tak nak anggap BM ni senang dah . Eh , saya exam 2 minggu 1 hari , hmm kiranya 11 harilah tanpa henti tau tak . Tak ada pun selang-2 hari . Haizzz -.- BM memang nampak senang tapi susah nak score ni kenapa eh ? Tak banyak membaca kott , hmm samalah macam BI . Tapi kan , tak tahu kenapa , saya anggap exam kali ni serius sangat macam nak SPM lah pulakk . Mungkin saya dah terlalu banyak kena "down" dengan mak saya agaknya . Mak saya selalu cakap , belajarlah rajin-2 supaya masa depan tak gelap , takkanlah dah habis SPM nak kerja McD je sepanjang hidup . Ohh saya memang tak nak kalau untuk part time takpelah jugak tapi bila dah dewasa ayah cakap , Fiqa kan pandai melukis , hmm jadi Arkiteklah . Haa ? Ayah ni macam tahu-2 je cita-2 Fiqa nak jadi Arkitek . Tapi itupun Insyaallah ayah ..
Sebenarnya kan , saya ada banyak minat then banyak cita-2 . Nak jadi Graphic Designer lah , Pakar Ekonomi lah supaya mak dan ayah saya boleh berniaga dan dapat untung yang sepatutnya bukan modal besar , untung sikit . Lagi apa eh ? Ohh banyak . Tapi saya tak tahulah boleh tercapai ke tak , tapi saya akan berusaha sebaik mungkin . Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya . I'll prove it ! Kalau umur saya panjang , saya nak bawa mak dan ayah pergi Mekah tengok Mekah tu secara LIVE . Tak payahlah nak tengok dekat TV je . Insyaallah ~ Haha , tiba-2 teringat adik saya cakap , mak ayah ! Jangan mati dulu , nak bawa mak ayah pergi Mekah dulu . Hmm .. Comel jee . Mak dan ayah hanya mampu ketawa :O








