Musim Exam .
2.3.12 | 4:38 PM | 0comments
Pagi tu masa Pendidikan Moral tapi bagi pelajar Islam masa itu adalah masa Pendidikan Islam tapi kena stay kelas sebab exam . Pn. Sia Bee Lon yang mengajar Moral msuk kelas dan pelajar kelas 4 USM pun berdiri untuk memberi salam . Ketua kelas kami , Koh Jia Poh mulakan dulu , "Selamat Pagi Cikgu !" then semua kelas pun ikut dan kemudian duduk . Macam-2 bunyi yang dengar seperti bunyi kerusi , orang bercakap dan sebagainya .
Pn. Sia yang ditakuti pelajar moral marah tiba-2 sebab tak susun meja untuk exam hari ni . So , nak tak nak memang kena susun pagi tu , alaahhh bukan lama sangat . Then Pn. Sia ambil name list panggil nama seorang-2 ikut alphabet ABC . Pn. Sia panggil nama dengan cepat jadi dorang pun 'blurr' . Selepas dua kali cikgu ulang benda yang sama akhirnya , Soo Pui San pelajar yang amat dihormati kelas itu sebab dia tu agak garang ambil name list tu dan susun satu kelas . Kadang-2 sejahat mana pun dia macam orang lain anggap , tapi kadang-2 dia ni berguna sangat . Dengan saya , dia okay je LOL . Pui San susun baru jadi haihh . Saya nama yang ke-30 duduk di baris ke-2 terakhir lajur ke-5 dan duduk di belakang Pui San . Sebenarnya ramai cikgu-2 dan budak-2 tak suka si Pui San ni sebab perangai dia yang very annoying . Tapi bagi saya semua orang sama je .
Exam pada hari ni adalah Sivik dan PJK je . Kata orang tutup mata sebelah pun boleh jawab . Okay fine soalan ada keluar lagu sekolah so tak heranlah =.= . Masa rehat pun bermula , Macam biasa kitorang akan turun kantin untuk tengok menu apa hari ni kalau tak best macam biasa akan pergi koperasi beli coklat ke biskut ke . Dekat koperasi ada jual coklat Zess tu so belilah satu RM0.60 . Masuk je mulut , "Wahh , sedaappnyaa ~" sejak tu semua kawan-2 pun beli cklat yang sama . Zess peket warna ungu yang ada peanut tu LOL . Ni semua gara-2 Palin yang start beli .
Habis rehat naiklah kelas yang berada tingkat atas sekali . Dah 4 tahun sekolah kat situ , 4 tahun jugaklah dapat kelas atas sekali haihh -.- . Tiba masanya untuk exam PJK . Sempat ada baca sikit tadi sebab PJK ni memang famous soalan pasal "Kardiovaskular" tu entah kenapa . So paper ni pun boleh tahan senang dan masa selebihnya saya tidur kejap hilangkan penat mata . Lepas je exam PJK habis semua bangun ambil beg then duduk balik dekat tempat duduk masing-2 dan sempat chit-chat dengan Pui San . Tanyalah pasal keluraga dia dan rupanya dia ada 2 orang abang , dan adik .
Saya : Awak tak ada kakak mehh ?Di sebalik kejahatan dia tu ada ceritanya kawan .. Sesiapa yang ingat dia tu jahat dan tukang cari gaduh jangan ada fikiran macam tu sebab anda tidak tahu cerita sebenarnya . Memang ye yang pergi tetap akan pergi . Tapi memang tak jejaskan sikap kita kan ? Tapi bagi dia , dia sangat rapat dengan kakak dia dan of course kehilangan seorang orang paling rapat akan meninggalkan kesan pada kita . Kalau saya pasti akan rasa benda yang sama . Dari air muka dia dah dapat tahu yang dia sebenarnya sangat sedih . Kakak dia kemalangan kereta dan pernah keluar surat khabar baru beberapa tahun yang lepas .
PS : Kakak sudah meninggal dunia .
Saya : Ohh , sorry Pui San ..
PS : *senyum* Tak apa .








