Tumblr_mefc8wbft71rukapao1_400_large

Follow skins twitter tumblr blogskins instagram


Tumblr_medtczmeia1r37r7mo1_500_large
biography Love Stuff freepage flashback



Allah Cinta Agung..
25.11.11 | 5:29 PM | 0comments

Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?” Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (Ahmad) 

Tersebut dalam hadis yang lain: 

“Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”
(Bukhari & Muslim) 

Begitu juga dengan hadis:

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.” 
(Bukhari & Muslim) 

Satu cara mudah untuk kita menguji kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya ialah dengan mengimbas kembali waktu yang kita gunakan dalam sehari. Perkara apakah yang paling banyak kita bualkan dan kita fikirkan sepanjang hari itu? Banyak manakah masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang Allah dan Islam berbanding masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang kerja, berfikir dan berbual tentang kenderaan seperti kereta dan motosikal, berfikir dan berbual tentang hobi seperti memancing, perempuan dan bersukan, berbual dan berfikir tentang hiburan dan artis, berfikir dan berbual tentang tokoh-tokoh dari kalangan manusia dan sebagainya? 

Jika jumlah masa kita berfikir dan berbual tentang Allah dan Rasul-Nya melebihi masa yang digunakan untuk berfikir dan berbual tentang benda lain, maka itulah ‘cinta’ yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini. Kata orang, apabila seseorang itu mencintai sesuatu maka selalulah disebut-sebutnya benda itu. Begitulah juga dengan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Amat menghairankan orang-orang sekarang. Apabila kita memberitahu mereka bahawa “Aku hendak duduk bermanja-manja dengan Kekasih”, mereka tertawa sesama sendiri seolah-olah perkataan itu suatu bentuk jenaka. Mereka menganggap adalah melucukan apabila Tuhan disebut Kekasih, apatah lagi untuk duduk bermanja-manja dengan Tuhan. Namun bagi para sufi, perkara ini sudah menjadi budaya hidup mereka. 

Petikan daripada buku “ALLAH CINTA AGUNG” oleh Alexanderwathern.