Asiah Binti Muzahim ~
30.10.11 | 6:18 PM | 0comments
"Bukankah kita tidak mempunyai anak, suamiku?. Biarlah anak ini kita ambil menjadi anak kita. Janganlah dia dibunuh, aku sudah terlanjur cinta kepadanya. Mungkin kelak setelah dewasa dia akan memberi manfaat kepada kita berdua."
Fir'aun pun mengkabulkan permintaan isterinya itu. Asiah merasa aman membesarkan anak yang diberinya nama Musa di dalarn istana Fir'aun oleh Asiah sampai dewasa. Kisah selanjutnya telah banyak kita dapatkan dari sejarah. Bahkan Al-Quran pun meriwayatkan. Dan pasti setiap orang yang beragama akan mengerti dan memahami kisah itu.
Asiah, ketika Musa as. mulai berdakwah menyebarkan agama Allah telah memastikan diri sebagai salah satu pengikutnya. Asiah termasuk dalam mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Fir'aun yang mengetahui isterinya berpaling darinya, menjadi bendera permusuhan telah menggantikan kasih sayangnya selama ini. Asiah tidak mempedulikan semuanya. Tidak takut pula terhadap ancaman Fir'aun yang kejam,Asiah sepenuhnya faham dan menyedari bahawa apa yang dilakukan dan diimaninya itu adalah benar. Bererti dia berada dalam kebenaran. Dan ini mampu rnenghilangkan rasa takut dari apa yang mengancam keimanan yang dimilikinya. Berbagai ancaman, hadiah, aneka kemewahan itu sama sekali tidak mampu untuk mengikis kedudukan iman dihatinya. Kebenaran tetap bersemayam dan dipercayai sampai dia meninggal, bibirnya tetap berkumit mengucapkan:
"....Ya Tuhanku, bangunkanlah uniukku sebuah rumah di sisi¬Mu claim?: syurga dan selamatkardah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dare kaunt yang zalint."
(QS. M-Tahrim: II)
Allah SWT telah menerima doa Asiah. Bahkan salah satu hadits syarif meriwayatkan bahawa:
"Wanita-wanita yang paling baik kelak akan berada di syurga, iaitu; Khadijah, Fatimah, Maryam puteri harun, dan Asiah isteri Fir' aun."








