Tangisan Ibu ~
19.9.11 | 8:06 AM | 0comments
Assalam ~
Mak menangis dalam diam . Tanpa anak-anak dia tahu yang dia sedang menahan sedih dan kecewa dengan sikap anaknya sorang ni . Dia dikurniakan 4 orang anak . Anaknya yang sulung itu dah diberi kebebasan berbanding dengan budak-budak yang lain di luarsana . Anak dia tu selalu balik lewat ada yang sampai pagi-pagi buta bari balik pun ada . Semalam …. Aku ternampak mak mata mak berair dan merah selepas kakak balik . Kira-kira pukul 11 lebih . Aku tak tahu samada kakak sedar atau tak yang Mak sangat kecewa dengan dia . Aku cuba untuk pujuk Mak tapi apa saja yang aku boleh buat . Kakak tak faham apa yang sebenarnya Mak nak dari dia . Aku kesian dengan Mak sebab kalau sampai Mak dah menangis sebab anak dia , itu bermakna seseorang Ibu itu betul-betul kecewa dan sukar untuk dipulihkan kesan luka didalam hatinya . Sedih aku melihat Mak sedang menangis tanpa mahu diketahui oleh anak-anaknya . Aku dapat rasakan apa yang Mak sedang alami .
Mak menangis dalam diam . Tanpa anak-anak dia tahu yang dia sedang menahan sedih dan kecewa dengan sikap anaknya sorang ni . Dia dikurniakan 4 orang anak . Anaknya yang sulung itu dah diberi kebebasan berbanding dengan budak-budak yang lain di luar
Jam dah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam , Mak tak tidur lagi . Biasanya Mak akan tidur awal dalam pukul 9 Mak dah masuk bilik tidurnya , tapi semalam , Mak sanggup berjaga sampai lewat malam untuk tunggu kepulangan kakak . Masuk je kakak dalam rumah , Mak terus tanya kakak ke mana dia pergi sepanjang hari . Sampai marah-marah satu rumah boleh dengar . Aku cuma dapat mendiamkan diri je sekaligus menjadi saksi kejadian hitam ni . Aku yang melihat pun tak sampai hati nak tengok pergaduhan antara Mak dan Anak . Lepas tu kakak terus masuk billik dan Mak tinggal keseorangan di ruang tamu .
Dan masa inilah aku terlihat mak mengalirkan air matanya tanpa sebarang bunyi tangisan . Aku cuma tengok dari jauh di sebalik dinding ruang tamu . Apabila dah reda kemarahan mak , aku terus datang menghampiri Mak dan tanya seribu soalan . Aku tak tahu nak tanya soalan apa tapi tanya je ape yang patut .
“ Dah tengah malam ni Mak , pergilah tidur esok kan mak nak pergi pasar . “ Aku sapa mak . Tapi Mak diam je cuma cakap “ Yelah ” . Aku tahu sebenarnya Mak tak nak cakap apa-apa sebab Mak tengah sedih tapi itulah kenyataannya . Aku cuma diam je takut Mak sedih lagi .
Oleh sebab itulah jangan sesekali sampai Mak dah tak percaya dengan kakak . Kakak patut tahu jangan buat perkara yang Mak tak suka . Aku tak tahu macam mana nak explain tapi hanya Mak je yang rasa peritnya hati seorang IBU .








