Aku Ingin Kembali ~
11.9.11 | 5:53 PM | 0comments
Assalam ~
Aku lemah Ya Allah ~ Aku berdosa . Akucuba melepasi segala ujian dari-Mu . Aku cuba untuk hilangkan rasa tak senang dalam hati ini dengan pelbagai cara tapi ternyata kuasa-Mu mengatasi segala-galanya . Aku tak mampu untuk menghadapi cubaan-Mu ini Ya Allah . Aku cuba dan cuba tapi apa yang aku temui hanyalah pengakhiran yang menyedihkan . Aku tak sanggup menanggungnya lagi Ya Allah ~ Tapi aku akan cuba sedaya upaya selagi hayat dan nyawa yang Kau beri ini masih lagi berdegup dan aku akan cari dimana diriku sebenarnya . Aku mencari hidayah-Mu yang sehingga kini tak ku temui . Kadang-kadang aku rasa putus asa kerana tidak temui hidayah itu tapi dengan petunjuk yang Kau beri aku mulai percaya kembali dan yakini perjuangan yang selama ini aku bina . Aku akhirnya bangun dari kegelapan yang menutupi kehidupanku dan terus berlari mencari hidayah itu . Dalam perjalanan itu , aku tempuh pelbagai rintangan dan ujian yang Kau berikan kepada hamba-Mu untuk menguji keimananku . AKU INGIN KEMBALI . Aku salah satu dari bahan ujian-Mu yang masih keliru . Aku harap pencarian ini akan bertemu pengakhirannya akhirnya . ~
Aku lemah Ya Allah ~ Aku berdosa . Aku
Aku rindu pada-Mu ~








